Promosi Hari Malaysia Bagi Rangkaian Komputer Riba TUF ASUS

Menjelang sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini, ASUS Malaysia telah mengadakan promosi pemberian tetikus Gaming Mouse M5 secara percuma dengan setiap pembelian peranti komputer riba TUF Gaming yang terpilih.



Antara model komputer riba yang terlibat adalah FX504G-MEN039T yang menampilkan cip Intel® Core™ i7-8750H, 8GB RAM, 1TB SSHD, 128 PCIe SSD, NVIDIA GTX 1060 6GB dan FX504G-ME4308T yang menampilkan cip Intel® Core™ i5-8300H, 4GB RAM, 1TB HDD, 128GB PCIe SSD, NVIDIA GTX 1060 6GB.

Dengan setiap pembelian model di atas, pengguna boleh menebus tetikus TUF Gaming Mouse M5 secara percuma dengan beberapa syarat:

  • pembelian mesti dilakukan sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 1 September sehingga 30 September 2018.

  • pembelian mesti dilakukan di pengedar ASUS Malaysia yang sah.

  • Resit pembelian asal hendaklah disimpan.

  • Borang pendaftaran mestilah diisi termasuk maklumat peribadi yang akan dirahsiakan.

  • Tiada pengubahan alamat setelah pendaftaran.

  • Hadiah akan dihantar selepas tempoh promosi tamat.


Borang Pendaftaran Penebusan TUF Gaming M5 Mouse