Promosi Days Of Play Bermula, PlayStation 4 Pro (1TB) Diskaun RM400

Berita baik buat peminat konsol permainan popular, PlayStation, Sony Interactive Entertainment kini telah memulakan promosi Days of Play. Jualan dengan potongan harga ini bakal dilangsungkan dari 3 Jun sehingga 16 Jun 2020.

days of play

Melalui Days of Play, anda mampu memiliki judul permainan popular seperti Uncharted 4, Ratchet & Clank, The Last of Us Remastered serta God of War pada harga RM55.

days of play

Selain daripada itu, ia turut menawarkan PlayStation 4 Pro (1TB, 2x DUALSHOCK 4) bersama God of War dan The Last of Us Remastered pada harga RM1399. Penjimatan RM400 daripada harga asal.

Satu lagi penawaran yang mungkin menarik minat anda adalah PlayStation 4 Mega Pack (1TB). Ia disediakan dengan empat judul permainan seperti GTA V, God of War, Horizon Zero Dawn, serta Fortnite.

sony flagship store

Bagi alat kawalan DUALSHOCK 4, diskaun sebanyak 25% diberikan yang mana kini ia berharga RM179, berbanding harga asal RM239.

Tawaran ini boleh didapati dari pengedar tempatan serta secara dalam talian di Lazada (https://invol.co/clokh2) atau Sony Store Online.