Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek Logo Baharu Nokia Menang Anugerah Reka Bentuk 2023

Projek Logo Baharu Nokia Menang Anugerah Reka Bentuk 2023

Diterbitkan Januari 17, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, pada Februari 2023 lalu, Nokia telah mengumumkan perancangan mereka untuk menukar identiti jenama mereka dengan rekaan logo baharu.

Sekaligus menggugurkan warna biru ikonik logo lama mereka yang berusia hampir 60 tahun.

Nokia lama

Penjenamaan semula itu perlu kerana ramai pengguna masih menganggap Nokia sebagai pengeluar telefon bimbit.

“Ini adalah langkah berani dalam perjalanan Nokia – dan akan membantu kami diiktiraf oleh pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan untuk peneraju inovasi teknologi B2B yang kami ada hari ini.”

Hasilnya, firma yang bertanggungjawab mereka bentuk logo baharu dan projek penjenamaan Nokia itu, Lippincott telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Baik 2023 oleh Muzium Seni Bina dan Reka Bentuk Chicago Athenaeum dan Pusat Reka Bentuk Seni Seni Bina dan Kajian Bandar Eropah.

Lippincott adalah firma perunding jenama terkemuka dari Finland.

Projek Logo Baharu Nokia Menang Anugerah Reka Bentuk 2023
Projek Logo Baharu Nokia Menang Anugerah Reka Bentuk 2023

Berkaitan

  • Selepas Hampir 60 Tahun, Nokia Tukar Logo Ikonik Mereka
  • Pelan Pascabayar U Postpaid Kini Terima Penambahan Kuota Data 4G/5G
  • Perodua Akan Keluarkan EV Mampu Milik Menjelang Hujung 2025

Sumber: Lippincott, Global Design News

Beli pelbagai produk Nokia di stor rasmi di Shopee dan Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY