Dengan melihat angka yang amat membimbangkan tersebut, pihak yang menggelar diri mereka Projek 30 telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membangunkan satu aplikasi dan peralatan khas bagi mengurangkan pembaziran makanan. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk menganalisis jumlah makanan yang perlu dihidangkan bersesuaian dengan jumlah tetamu atau pelanggan.
Satu alat penimbang akan diletakkan dibawah tray hidangan untuk menimbang berat hidangan yang masih belum dimakan, ia dapat membantu penjual atau penyedia makanan untuk mengenalpasti jumlah berat bahan mentah yang perlu digunakan untuk satu-satu hidangan. Ini akan dapat membantu menjimatkan kos penjual makanan disamping mengurangkan pembaziran.
Melalui analisa ini, penjual atau penyedia produk makanan akan menggunakan data yang diperolehi bagi membantu dalam mengoptimumkan kadar pengeluaran mereka. Menurut Cik Zalikha Razali, CEO dan juga pengasas bersama projek ini, produk ini masih lagi dalam proses pembangunan dan dijangka dapat dilancarkan ke pasaran dalam masa terdekat.
Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Projek 30 ini, anda boleh layari laman sesawang mereka di sini.