Program Sekolah Tanpa Tunai Dicadangkan Pelaksanaan Lebih Meluas

Dalam era serba moden ini, teknologi pembayaran tanpa tunai tidak terhad ditawarkan pada pusat beli-belah dan lain-lain tetapi juga mula dipraktikkan di sekolah untuk kemudahan para pelajar.

Setahun lalu, kita telah diberitakan dimana KPM sudah menjalankan ujian rintis sistem pembayaran tanpa tunai di beberapa buah kantin sekolah.

Kini, kementerian tersebut merancang utnuk memperluaskan program sekolah tanpa tunai seperti yang dilaksanakan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli), Damansara sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Difahamkan pihak kementerian akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional dalam program tersebut dan dikhabarkan ia akan dijalankan di beberapa sekolah terpilih.

Menteri di KPM juga ada menyatakan kaedah ini mampu membebaskan pelajar dari risiko kehilangan atau kecurian wang. Disamping itu, beliau menggambarkan teknologi ini akan berkembang kepada penggunaan kod QR serta pembayaran melalui pengecaman wajah.

Sumber: Bernama

Sumber foto utama: Anao