Program SAVE 2.0: Cara Daftar Dan Tebus e-Rebat RM200 Di Shopee

Menerusi pengumuman Belanjawan 2021 pada November tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk program SAVE 2.0.

Program SAVE 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah untuk membeli peralatan elektrik seperti penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

tebus program save 2.0

Terbaru, Shopee mengumumkan pengguna kini sudah boleh mendaftar dan menebus baucar RM200 yang disediakan bagi program berkenaan.

Untuk mendaftar dan menebus baucar RM200 di Shopee bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga, ikuti beberapa langkah mudah di bawah ini.

Cara mendaftar dan menebus baucar RM200


Terlebih dahulu, anda harus tahu pendaftaran perlu dibuat melalui aplikasi Shopee. Bagi anda yang tidak mempunyai aplikasi tersebut, muat turun boleh dilakukan melalui Google Play atau App Store.

tebus program save 2.0

Seterusnya, imbas kod QR di atas untuk tujuan pendaftaran. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan pautan ini untuk membuat pendaftaran.



Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti nombor bil elektrik, nombor kad pengenalan, nama penuh dan lain-lain. Jika bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar seperti anak dan sebagainya.



Setelah lengkap, sahkan permohonan dan tekan "Submit" atau "Hantar".



Selesai. Status permohonan yang telah berjaya dihantar akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja. Jika diluluskan, baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet.

Untuk lebih lanjut, layari pautan ini.