Program Pertukaran Bateri iPhone Kini Berharga RM 129

Apple Inc telah melancarkan program penukaran bateri mereka dan untuk pengguna di Malaysia, penukaran bateri boleh dibuat di cawangan Machines dan Switch.

Harga yang ditawarkan 0leh Machines dan Switch adalah pada RM 129 untuk peranti iPhone SE, iPhone 6. Harga sebelum ini adalah RM 399 dan harga tersebut masih lagi sama untuk peranti seperti iPhone 5, 5C dan 5S.

Apple melakukan program penukaran bateri ini selepas mendapat kritikan mengenai keputusan mereka memperlahankan prestasi iPhone bagi menjaga jangka hayat bateri.

Anda juga boleh melakukan temu janji melalui laman sokongan Apple di SINI

Sumber