Program Mini WeChat Menjadi Kepentingan Kepada Tencent

WeChat adalah salah satu platform media sosial yang terkenal bagi rakyat China dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan di negara tembok besar itu. Baru-baru ini pasukan Tencent WeChat meraikan ulang tahun yang ketiga untuk WeChat Mini. Pada acara itu, mereka mendedahkan jumlah nilai transaksi yang diraih pada program mini telah melebihi 800 billion RMB pada tahun 2019. Ia nya menunjukkan peningkatan sebanyak 160% dari tahun ke tahun. Pengumuman itu berlangsung di acara 2020 WeChat Open Class Pro di Guangzhou.

Menurut Tencent, program mini tersebut mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna yang aktif pada setiap hari. Pada tahun 2019, bilangan purata program mini yang digunakan pada setiap pengguna meningkat 98% dan purata penggunaan pula meningkat sebanyak 45%.

Laporan mendedahkan 'Power of the QR Code' banyak membawa kebaikan. Laporan 'The WeChat Economic Impact Report 2020' membuktikan kod QR WeChat dapat membantu menghubungkan perniagaan dan masyarakat. Bagi perniagaan, penggunaan  kod QR oleh WeChat telah meningkatkan penglibatan pelanggan yang luar biasa untuk perniagaan. Ia juga membawa cara-cara inovatif untuk menjalankan perniagaan dan memupuk budaya permulaan dan eko-sistem di China.

Berkaitan