Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program Mini WeChat Menjadi Kepentingan Kepada Tencent

Program Mini WeChat Menjadi Kepentingan Kepada Tencent

Diterbitkan Januari 10, 2020 oleh Syifa' Syakinah

WeChat adalah salah satu platform media sosial yang terkenal bagi rakyat China dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan di negara tembok besar itu. Baru-baru ini pasukan Tencent WeChat meraikan ulang tahun yang ketiga untuk WeChat Mini. Pada acara itu, mereka mendedahkan jumlah nilai transaksi yang diraih pada program mini telah melebihi 800 billion RMB pada tahun 2019. Ia nya menunjukkan peningkatan sebanyak 160% dari tahun ke tahun. Pengumuman itu berlangsung di acara 2020 WeChat Open Class Pro di Guangzhou.

Menurut Tencent, program mini tersebut mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna yang aktif pada setiap hari. Pada tahun 2019, bilangan purata program mini yang digunakan pada setiap pengguna meningkat 98% dan purata penggunaan pula meningkat sebanyak 45%.

Laporan mendedahkan ‘Power of the QR Code’ banyak membawa kebaikan. Laporan ‘The WeChat Economic Impact Report 2020‘ membuktikan kod QR WeChat dapat membantu menghubungkan perniagaan dan masyarakat. Bagi perniagaan, penggunaan  kod QR oleh WeChat telah meningkatkan penglibatan pelanggan yang luar biasa untuk perniagaan. Ia juga membawa cara-cara inovatif untuk menjalankan perniagaan dan memupuk budaya permulaan dan eko-sistem di China.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY