Program Beta Android Q Untuk ZenFone 5Z Telah Dibuka, Ini Cara Untuk Menyertainya

Sepertimana yang telah diumumkan pada minggu lalu, Android Q Beta sudah mula ditawarkan kepada pengguna untuk mengujinya.

Salah satu daripada model yang terpilih adalah Asus ZenFone 5Z yang mana program beta model ini telah dibuka. Bagi anda, pemilik ZenFone 5Z yang berminat untuk menjadi pengguna terawal merasai sistem operasi terbaru daripada Android ini, boleh layari laman ZenFone 5Z x Android Q Beta untuk menyertainya.

Perlu diingatkan bahawa, Android Q masih dalam versi beta bererti ia belum stabil serta mungkin terkandung dengan pepijat dan terdapat ciri-ciri yang tidak lengkap. Selain itu, anda perlu membuat backup terlebih dahulu kerana pemasangan sistem operasi ini akan memadam segala data peribadi anda.