Program Beta Android Q Akan Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar

Generasi seterusnya dalam sistem operasi dari Google, Android Q, bakal dilancarkan tahun ini.

Seperti biasa, sebelum penawaran meluas kepada umum dibuat, ia akan menjalani ujian beta terlebih dahulu.

Ketika ujian beta Android Pie, pembangun telah menawarkannya kepada 7 pengeluar (Essential PH-1, Nokia 7 Plus, OnePlus 6, Oppo R15 Pro, Sony Xperia XZ2, Vivo X21 dan Xiaomi Mi MIX 2S).

Menurut kenyataan dari pembangun Android, bagi versi Android terbaru ini, Google telah merancang untuk membukanya kepada lebih banyak lagi pengeluar.

Namun, jumlah pengeluar yang terlibat tidak didedahkan. Diharapkan dengan langkah ini, ia dapat mempercepatkan lagi kedatangan versi Android baru ke dalam telefon pintar selain siri Pixel.

Sumber: GizChina