Ia mula memuncak sejak WhatsApp mengemaskini polisi baharu mereka. Malah, turut dikaitkan dengan penggodaman apabila WhatsApp pertama kali berkongsi status pertama mereka kepada umum.
Berikutan masalah ini, isu privasi WhatsApp masih dipersoal sehingga kini dan disebabkan itu, Telegram yang merupakan aplikasi alternatif menjadi pilihan orang ramai pada Januari lepas.
Berdasarkan data yang dikongsikan Sensor Tower, Telegram menerima muat turun tertinggi secara keseluruhan di dunia dimana lebih daripada 63 juta muat turun dilakukan pada Januari 2021.
India merupakan negara yang paling banyak memasang aplikasi ini iaitu sebanyak 24% dan diikuti Indonesia sebanyak 10%.
Jika dilihat pada Disember 2020, WhatsApp menduduki tangga kedua secara keseluruhan dan kini ia berada pada kedudukan kelima dibelakang aplikasi Signal.
Walau bagaimanapun, adakah isu privasi menjadi faktor utama terhadap kejatuhan WhatsApp atau pengguna hanya mengikut trend dan akan terus kekal menggunakan WhatsApp pada masa hadapan.
Sumber: Sensor Tower
Berkaitan
- Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Tiada Had Peserta
- Telegram Hadir Dengan Fungsi Baharu - Tema 'Chat', Rakam Penstriman
- Bukan Salah Internet, Telegram Memang Ada Gangguan Rangkaian Tadi
- WhatsApp Akan Tawar Ciri Panggilan Baharu, Bermula Dengan iOS
- WhatsApp Bakal Ada Fungsi Mudahkan Pindah "Chat"
- Pelanggan Celcom Kini Boleh Semak Dan Bayar Bil Di WhatsApp
- Telegram Bakal Tawar Fungsi Sembunyikan 'Spoiler' Filem
- 533 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Dijual Melalui Bot Telegram
- Samsung Dilapor Akan Umum Sensor ISOCELL 200MP Esok
- Samsung Bakal Lancar Sensor Kamera Baharu Pada 10 Jun