Principled Technologies Keluarkan Hasil Ujian Perbandingan CPU Intel i9-9900K Dengan Ryzen 7 2700X Yang Terkini

Principled Technologies (PT) baru-baru ini terpalit kontroversi apabila dibayar Intel untuk menguji kemampuan cip generasi ke-9 mereka iaitu Core i9-9900K yang terbaru dan membandingkannya dengan cip AMD Ryzen 7 2700X.

Perbandingan asal menunjukkan yang cip Intel itu mampu memberikan prestasi lebih 50% berbanding cip pesaing mereka. Kontroversi bermula apabila beberapa peminat memperlihatkan cara PT menguji cip AMD Ryzen dengan beberapa fungsi telah ditutup mengakibatkan cip tersebut tidak mampu beroperasi secara optimum.

Sejak itu, PT telah memohon maaf dan berjanji untuk membaiki kaedah perbandingan mereka dan kini hasilnya sudah diumumkan. Jika sebelum ini Ryzen 7 2700X diuji dalam Game Mode, PT telah mengujinya sekali dalam Creator Mode bagi membolehkan kesemua teras dalam cip tersebut dibolehkan berfungsi.









































































































Ryzen 7 2700X Creator Mode (FPS) Game Mode (Original Testing - FPS) Intel 9900K
Counter-Strike: Global Offensive 298.1 295.9 442.4
Gears of War 4 (Overall) 151.5 129.2 189.2
War Thunder 118.1 128 149.3
Ashes of the Singularity 47.4 35.5 55.8
Forza Motorsport 7 178.3 150.9 203.6
Assassin's Creed: Origins (FPS) 106 84 119
Far Cry 5 113 103 135
World of Warcraft: Battle for Azeroth 99.3 96.5 129.2
Fortnite 147.9 140.2 172
World of Tanks (enCore benchmark score) 32,535 33,111 38,193
Tom Clancy's Rainbow Six Siege (Overall) 279.5 263.2 309.4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege (Entrance) 232.2 213.8 252.1
PUBG 204.1 191.3 214
Rise of the Tomb Raider (Overall Average) 171.9 169.1 185.8
Middle-earth: Shadow of War 143 140 155
Tom Clancy's Ghost Recon Wildlands 123.7 121.3 131.1

Hasilnya masih lagi berpihak kepada Core i9-9900K tetapi dengan jurang perbezaan yang sedikit untuk sesetengah permainan. Intel juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil ujian yang dikemaskini tersebut:
Melalui maklum balas komuniti, kami berbesar hari yang Principled Technologies telah melakukan beberapa ujian baharu dan hasilnya sudah dipaparkan. Hasil ujian masih menunjukkan yang Intel® Core™ i9-9900K adalah cip pemprosesan gaming terbaik di dunia. Kami berterima kasih kepada Principled Technologies kerana sudi meluangkan masa dan berterus terang kepada komuniti teknologi. Kami sentiasa menghargai maklum balas dari komuniti dan sedang menunggu maklum balas orang ketiga yang akan keluar pada 19 Oktober ini.