Primeworks Studios Bekerjasama Dengan Syarikat Perkhidmatan Penstriman Dari China, iQIYI

Syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia, Primeworks Studios telah bekerjasama dengan sebuah syarikat perkhidmatan penstriman terkemuka dari China, iQIYI.

Perjanjian perkongsian yang baru ditandatangani itu bakal menampilkan enam drama bersiri terbaik TV3 di laman iQIYI bermula 24 Julai 2020.

Dalam masa yang sama, tayangan perdana musim kedua drama bersiri '7 Hari Mencintaiku' dijadikan pembukaan eksklusif. Penonton boleh menyaksikannya secara percuma di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. Musim pertama '7 Hari Mencintaiku' juga ditawarkan di  laman itu.

primeworks

Bukan itu sahaja, terdapat juga drama-drama popular TV3 yang lain seperti 'Leftenan Zana', 'Kampung People' dan 'Setelah Ku Dimiliki'. Drama terbaru, 'Pengantin Satu Malam' yang bakal membuat kemunculan di TV3 pada bulan Ogos juga akan disiarkan khas di iQIYI secara percuma satu jam selepas siaran di TV3.



Pengurus Negara untuk iQIYI Malaysia, Singapura, dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata kerjasama ini selaras dengan misi mereka dalam menawarkan kandungan relevan dan berkualiti tinggi. Menurut beliau lagi,
"Kerjasama ini merupakan langkah paling tepat dengan suntikan kreatif daripada pengurusan kanan Media Prima yang juga produser tersohor seperti Dato’ Iskandar Mizal Mahmood (Paskal The Movie, WIRA) dan Datuk Ahmad Izham Omar (Pulang, Ejen Ali The Movie), kami amat mengalu-alukan pilihan drama terbaik Media Prima ini disiarkan di platform iQIYI.”

Anda boleh mula menonton secara eksklusif di www.iQ.com dan aplikasi iQIYI secara percuma hanya satu jam selepas siaran.

Sumber: Siaran Akhbar Primeworks Studios

Berkaitan