Prestasi NVIDIA RTX 3060 Ti Lebih Pantas Daripada RTX 2080 SUPER

Terdapat ura-ura dimana NVIDIA akan melancarkan kad grafik RTX 3060 Ti pada bulan ini dan terbaru, prestasi kad grafik ini didedahkan.

Sebelum ini, NVIDIA menjangkakan bahawa kad grafik baharu ini 1.4x lebih baik daripada RTX 2060 SUPER. Namun, laporan terbaru dari videocardz, RTX 3060 Ti lebih pantas daripada RTX 2080 SUPER.



 

Ini bermakna, ia mampu menjalankan permainan pada resolusi 1080p dan 1440p dengan tiada sebarang masalah.

Ujian prestasi ini dilakukan menggunakan cip Intel Core i9-10900K pada resolusi 1440p.

Kedua-dua RTX 3060 Ti dan RTX 2080 SUPER mempunyai memori sama - 8GB GDDR6 tetapi yang terbaharu adalah model Turing yang hadir dengan modul 15.5 Gbps.



Sementara RTX 3060 Ti akan menggunakan 14Gbps. Akan tetapi, kad grafik ini dijangkakan lebih murah berbanding RTX 2080 SUPER iaitu berharga USD400 (~RM1642).



Hasil penanda aras dibahagikan kepada tiga bahagian - rasterizing, ray tracing dan juga rendering. RTX 3060 Ti mengalahkan RTX 2080 SUPER dengan mudah walaupun ia mempunyai teras RT lebih sedikit (38vs48).



NVIDIA sudah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkannya pada 2 Disember 2020. Nampaknya, kad grafik baharu ini lebih kepada untuk mengatasi barisan kad grafik siri RTX 20 sendiri dan bukan kad grafik AMD.

Sumber: videocardz