Prestasi Awal Ukur Aras iPhone 12 Pro Max Pada AnTuTu Agak Mengecewakan

Seperti semua sedia maklum Apple tidak mengumumkan sebarang model terbaru telefon pintar mereka yang amat ditunggu-tunggu iaitu iPhone 12.

Tetapi Apple ada mengumumkan model terbaru cip pemprosesan Apple 14 dengan mendakwa ia adalah 17% lebih pantas dan 8% lebih tinggi kuasa grafiknya berbanding cip sebelumnya.

Walaubagaimanapun, laman benchmark Antutu mendedahkan prestasi cip pemprosesan Apple A14 di iPhone 12 hanya meningkat sedikit sahaja.

Malah skor prestasi cip 5nm Apple A14 itu adalah lebih rendah berbanding cip Snapdragon 865+.

Sebagai perbandingan, cip Snapdragon 865+ memperoleh skro Antutu lebih daripada 600,000 markah.

Sebaliknya cip Apple A14 hanya sekadar 572333 sahaja.



Walaupun skor cip Apple A14 dilihat lebih tinggi daripada skor Apple A13 yang terdapat pada iPhone 11 Pro Max, tetapi ia hanya menunjukkan sedikit peningkatan dari siri sebelumnya.



Pada acara khas Apple yang telah berlangsung beberapa hari lalu, Apple telah mengumumkan barisan produk terbaru mereka tanpa kehadiran iPhone 12.

Mungkin kerana isu prestasi cip A14 yang tidak memuaskan ini menyebabkan mereka menangguhkan pelancaran iPhone 12 di acara tersebut.

Sumber: GSM Arena