Cip AMD itu hanya berharga USD4,000 berbanding Intel yang berharga lebih daripada USD20,000.
Berdasarkan kepada semakan di laman SiSoftware database oleh Overclockers.ru, didapati prestasi cip pemprosesan AMD Ryzen Threadripper 3990X telah mengatasi keupayaan pemprosesan cip Intel Dual Xeon Platinum 8280.
Menurut keputusan benchmark SiSoftware, cip AMD Ryzen Threadripper 3990X mencapai skor setinggi 1786.22 GOPS. Ia adalah 17.8% lebih tinggi berbanding cip Intel Dual Xeon Platinum 8280.
Bukan itu sahaja, harga cip terbaru AMD itu juga adalah jauh lebih murah di mana ia hanya berharga USD4,000 sahaja. Sementara cip Intel itu pula berharga lebih daripada USD20,000.
Cip pemprosesan AMD berkuasa tinggi dengan 64 teras itu telah pun diperkenalkan di pameran CES 2020 yang berlangsung di Las Vegas awal Januari lalu.
Threadripper 3990X akan mula dipasarkan pada 7 Februari ini pada harga sekitar USD4,000.
Manakala, cip Intel Dual Xeon Platinum 8280 (cascade lake) pula sudah dipasarkan sejak April tahun lepas.
Perlumbaan menghasilkan cip berkuasa tinggi bagi komputer meja setakat ini dipegang oleh AMD di mana mereka bukan sahaja telah berjaya menghasilkan cip pemprosesan dengan 64 teras yang pertama di dunia.
Tetapi juga menawarkan cip mereka pada harga yang jauh lebih murah daripada cip Intel.
Sumber: wccftech
Berkaitan
- Intel Perkenalkan 8 Lagi Cip Pemprosesan Terbaru Intel Core Generasi Ke-10 "Comet Lake"
- AMD Respon Terhadap Laporan Isu Prestasi Siri Ryzen 7000
- Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm
- Acer Malaysia Lancar 'Laptop Gaming' Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX
- Aplikasi Intel Graphics Command Center Ditambah Baik Dengan Rekaan Dan Ciri Terbaru
- AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia
- Intel Menjual Perniagaan Storan Dan Memori NAND Pada SK hynix Pada Harga USD9 Bilion
- ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Baharu Dilancarkan, Dikuasakan Intel Core Ultra
- ASUS Zenbook 14X Komputer Riba OLED Premium Pertama Di Malaysia Dengan Cip Intel Gen 13 'Raptor Lake'
- Siri AMD Ryzen Dan Athlon 7020 C-Series Kuasakan Chromebook, Bateri Bertahan Sehingga 19.5 Jam