Presiden Sony Sahkan PlayStation 5 Sedang Dalam Pembangunan

Jika sebelum ini pihak Sony hanya menyatakan peranti PlayStation seterusnya akan tetap dilancarkan, ia berbeza dengan kenyataan terbaru Presiden baru mereka, Kenichiro Yoshida. Beliau mengubah kenyataannya kepada "ia sedang dibangunkan".

Dalam temuramah bersama Financial Times, Yoshida mengatakan bahawa menghasilkan perkakasan generasi akan datang kini merupakan satu keperluan. Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengesahkan samada ia akan menggunakan nama PlayStation 5 atau tidak.



Sejak keluaran PlayStation yang pertama, Sony mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun sebelum memperkenalkan generasi baru bagi konsol permainannya. PlayStation 4 dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini sudah masuk tahun ke-lima kelancarannya.

Walaubagaimanapun, Sony dijangka tidak akan memperkenalkan konsol berkenaan dalam masa terdekat. Ini kerana, Ketua PlayStation, John Kodera pernah meramalkan yang generasi seterusnya bagi konsol permainan popular itu hanya akan dilancarkan pada tahun 2020, paling awal.

 

Sumber : BBC NEWS