Salah satunya merupakan sektor pendidikan yang memperlihatkan sesi P&P kini dilakukan secara maya melalui platform seperti Google Classroom dan Microsoft Teams. Ini adalah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan walaupun sekolah-sekolah ditutup.
Namun begitu, P&P yang dilakukan secara dalam talian ini mungkin bermasalah bagi sesetengah golongan pelajar. Terutama sekali pelajar di luar bandar yang tidak mempunyai rangkaian internet baik serta tidak berkemampuan memiliki peranti pintar.
Lanjutan daripada itu, Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan menyatakan kepada Bernama bahawa kerajaan perlu segera meneliti perkara tersebut.
Beliau berharap capaian talian internet perlu dinaik taraf segera, lebih-lebih lagi bagi kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan antara keperluan utama penggunaan Google Classroom adalah akses internet yang baik kepada pelayan platform tersebut.
Selain daripada itu, beliau juga berharap kerajaan dapat mewujudkan skim wakaf yang mana ia dapat menyediakan peranti pintar untuk pelajar yang memerlukan.
Menurut Presiden iGuru itu lagi, terdapat aduan keluarga tidak mampu menyediakan peranti pintar atau internet untuk kegunaan anak-anak. Oleh yang demikian, beliau memberi pendapat KPM serta syarikat telekomunikasi mungkin dapat menjalin kerjasama dalam melaksanakan skim wakaf tersebut.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Apple Patenkan Ciri Buka Aplikasi Kamera Secara Automatik
- McDonald’s Menarik Balik Permainan Pengesan Aktiviti Kanak-Kanak “The Step It” Dari Hidangan Happy Meals
- Peluang Menangi Kereta Atau Vivo V15 Blossom Pink
- Intel Bekerjasama Dengan Ferrari, BMW, Nissan, SAIC Motor, Volkswagen, Dan Paramount Pictures
- Admin Whatsapp Group Akan Bertanggunjawab Sekiranya Berlaku Perkongsian Berita Palsu Di Dalam Group
- Samsung Malaysia Buka Laman Pra-Daftar Minat Siri Galaxy Note 10
- "Secara Matematik, Merentas Masa Tidak Mustahil"
- Xpax Tawar 3 Kali Lebih Kuota Pada Harga Sama Sempena Tahun Baru Cina
- Kerajaan Negeri Johor Kaji Pasang Panel Solar Pada Bangunan Pentadbiran
- Bocoran Imej Nokia 7+ Memperlihatkan Rekaan Bingkai Nipis