Presiden Honor Global Sampaikan Penghargaan Tidak Terhingga Kepada Peminat Di Malaysia

Honor merupakan salah satu syarikat yang sedang meningkat naik dengan pesat di Malaysia. Selain daripada kualiti yang ada pada setiap peranti yang dikeluarkan, hubungan baik di antara pihak syarikat dengan peminat tempatan juga menjadi salah satu punca peningkatan populariti Honor di negara ini.

Atas alasan itu, Presiden Honor Global, George Zhao Ming dalam satu sidang media semasa melawat negara ini menyatakan penghargaan tidak terhingga beliau kepada peminat Honor di Malaysia.

Kapsyen: George Zhao Ming(Presiden Honor)


Menurut beliau, antara perkara yang paling diingati dan menyentuh hati beliau ialah apabila seorang peminat Honor tempatan, Wira Hidayat menghadiahkannya sebuah hiasan buatan tangan yang mengandungi Honor 3C yang tersimpan dalam bingkai kayu semasa pelancaran Honor 10 pada Mei lalu.

Mungkin pada kebanyakan daripada kita peranti Honor 3C itu adalah biasa, namun tidak bagi Honor Malaysia dan para peminat mereka. Mana tidaknya, ia adalah peranti pertama Honor yang menembusi pasaran Malaysia.



Tidak cukup dengan kata-kata, George telah menghadiahkan hadiah kepada Wira beserta dengan surat penghargaan bagi membalas semula penghargaan yang diberikan sebelum beliau meninggalkan Kuala Lumpur.

Wira telah pun berkongsi gambar hadiah dan surat tersebut di akaun Facebook-nya beberapa hari lepas.



Dalam pada itu, Honor berharap akan dapat terus membangun bagi mencapai sasaran mereka untuk menjadi 5 Jenama Telefon Pintar Terbaik pada tahun 2020 seterusnya menjadi 3 Jenama Telefon Pintar Terbaik dalam masa lima tahun mendatang.

 

Sumber: Honor Malaysia