Prekuel Hunger Games, 'The Ballad of Songbirds and Snake'

Novel terbaru dalam siri Hunger Games bakal diadaptasi oleh pengarah Francis Lawrence, penulis skrip Michael Arndt, dan penerbit Nina Jacobson. Novel yang bertajuk 'The Ballad of Songbirds and Snake' baru sahaja diterbitkan pada 19 Mei yang lalu. Pihak produksi Lionsgate mengumumkan akan melancarkan filem prekuel Hunger Games yang dinanti-nantikan hasil karya Suzanne Collins.

prekuel hunger games

Namun, masih belum ada kepastian tentang barisan pelakon untuk filem prekuel Hunger Games. Pengerusi Lionsgate, Joe Drake mengatakan buku terbaru Suzanne itu menawarkan semua yang dinantikan oleh peminat The Hunger Games di samping memperkenalkan beberapa watak baru.



The Ballad of Songbirds and Snake berkisar tentang Coriolanus Snow ketika umurnya 18 tahun. 64 tahun sebelum menjadi Presiden Panem yang zalim, Snow adalah seorang pemuda tampan yang keluarganya sedang mengalami kejatuhan dan menghadapi waktu yang sukar. Walaupun begitu, Snow melihat peluang untuk mengubah nasibnya ketika dipilih untuk menjadi mentor sewaktu Hunger Games yang ke-10. Harapannya itu musnah apabila dia ditugaskan untuk menjadi mentor kepada seorang gadis miskin dari Daerah 12.

 

Nina Jacobson, penerbit kesemua filem dalam francais Hunger Games, akan bekerjasama dengan Brad Simpson dalam menghasilkan filem prekuel ini. Pengarah trilogi Hunger Games, Francis Lawrence juga akan kembali untuk The Ballad of Songbirds and Snake. 

Kapsyen: Francis Lawrence


Malangnya, novel ini ditulis beberapa dekad sebelum Katniss Everdeen pertama kali diperkenalkan. Jadi kali ini, Jennifer Lawrence tidak akan ditampilkan dalam The Ballad of Songbird and Snake. 

Dark Days adalah ketika pemberontakan pertama di Panem dan perang antara daerah-daerah dan Capitol.

Anda boleh dengarkan audio petikan dari novel The Ballad of Songbird and Snakes di sini.

Sumber: Elle & Digital Spy

Berkaitan