Pratempah Siri OPPO Reno8 Dibuka, Percuma Hadiah Eksklusif

Dua bulan lepas, siri OPPO Reno8 secara rasminya dilancarkan buat pasaran China. Tiga model menjadi "taruhan" OPPO, iaitu Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.

Seperti biasa, model popular OPPO itu turut bakal membuat kemunculannya di Malaysia dalam bulan ini.

Bersempena kehadirannya, OPPO Malaysia kini melancarkan pratempahan awal buat peminat tempatan yang mana ia bermula hari ini sehingga 20 Julai 2022 secara esklusif di platform e-dagang Lazada.

Caranya mudah, pembeli harus membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 dan bakal menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1755.

Ini termasuk fon telinga wayarles OPPO Air2 Pro, jaminan OPPO Care 1 tahun, beg galas Marshall dan keistimewaan ahli My OPPO.

Bukan itu sahaja, 100 pembeli terawal yang 'check out' sebelum 1.30 pm pada 21 Julai juga akan menerima peranti lebih awal berbanding yang lain.

Dalam pada itu, sekiranya mana-mana pembeli siri Reno8 ini akan menikmati RM150 PWP diskaun untuk tablet OPPO pertama, iaitu OPPO Pad Air buat pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Untuk membuat pratempahan awal siri OPPO Reno8, anda boleh klik pautan Lazada ini - https://invol.co/clc4ef0

Sumber: Siaran Akhbar OPPO