Prasarana Perkenal MyCity Pass 1 Hari Dan 3 Hari Untuk Perjalanan Tanpa Had

Sudah mula diperkenalkan sejak Isnin, 22 April yang lalu, perkhidmatan awam kendalian Prasarana Malaysia kini disediakan dengan pass tanpa had MyCity Pass.

Menerusinya, pengguna boleh mengikuti perjalanan LRT, MRT, Monorail dan BRT tanpa had untuk tempoh 1 hari atau 3 hari.



MyCity Pass-1 Day boleh didapati pada harga RM15 sementara MyCity Pass-3 Day pula berharga RM55. Dengan penawaran pas perjalanan 1 hari dan 3 hari tanpa had ini, ia boleh dimanfaatkan pengguna yang jarang menggunakan perkhidmatan awam ini dan juga pelancong luar negara.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai MyCity Pass boleh lawati laman myrapid.

Sumber: Rapid KL