Pradaftar Forza Street Sudah Dibuka Pada Google Play Store Dan Samsung Galaxy Store

Permainan lumba kereta, Forza Street sedia dimainkan pada platform Xbox dan komputer. Penawaran untuk versi mudah alih sudah diperkatakan sejak April tahun lalu lagi dan saat itu bakal tiba tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=yrvIOy5PrV0&feature=emb_title

Tarikh penawaran belum didedahkan lagi tetapi diramal pelancaran pada Android dan iOS dibuat sekitar Mac atau bulan berikutnya. Buat masa sekarang, Google Play Store dan Samsung Galaxy Store sudah memulakan pradaftar bagi aplikasi permainan tersebut.

Forza Street merupakan permainan perlumbaan kereta jalanan yang menyediakan pelbagai model kereta. Kawalan permainannya mudah dilakukan dan turut disertakan beberapa mod permainan.

Bagi yang berminat boleh mudah pradaftar aplikasi Forza Street pada pautan berikut Google Play Store dan Samsung Galaxy Store.