Prada x adidas Superstar Bakal Dilancarkan Pada 8 September

"A partnership of heritage, technology and innovation." Sekali lagi, Prada dan adidas telah bekerjasama untuk mengeluarkan kasut Superstar. Prada x adidas Superstar juga didatangkan dengan warna baru, di samping mengekalkan palet warna keluaran yang lama.

Apa yang unik mengenai kolaborasi ini bukanlah warna; sebaliknya setiap tiga pilihan berbeza melalui rekaan masing-masing. Kasut Superstar yang telah debut sejak tahun 1969, hanya diperbaiki dari segi material, dan direka menggunakan kepakaran dari pakar kasut Prada.



Tidak ketinggalan dengan Three Stripes di sisi, shelltoe yang klasik, dan fabrikasi kulit di sekelilingnya semuanya dibuat di Itali. Rekaan adidas Superstar ini lengkap dengan penjenamaan dua jenama di bahagian lidah kasut, tumit, dan juga insole. 

Anda boleh lihat rekaan kolaborasi ini yang hadir dengan tiga warna berbeza iaitu hitam, putih, dan juga perak chrome. 

Nantikan pelancaran Prada x adidas Superstar pada 8 September ini di butik Prada dan laman web adidas. Untuk maklumat lanjut, layari laman web adidas.

Sumber: Highsnobiety & Sneaker News

Baca lagi: Nike SB Dunk Low Civilist, Kasut Yang Berubah Warna Mengikut Suhu

Berkaitan