Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prada x adidas Superstar Bakal Dilancarkan Pada 8 September

Prada x adidas Superstar Bakal Dilancarkan Pada 8 September

Diterbitkan September 1, 2020 oleh Nadiah Ab

“A partnership of heritage, technology and innovation.” Sekali lagi, Prada dan adidas telah bekerjasama untuk mengeluarkan kasut Superstar. Prada x adidas Superstar juga didatangkan dengan warna baru, di samping mengekalkan palet warna keluaran yang lama.

Apa yang unik mengenai kolaborasi ini bukanlah warna; sebaliknya setiap tiga pilihan berbeza melalui rekaan masing-masing. Kasut Superstar yang telah debut sejak tahun 1969, hanya diperbaiki dari segi material, dan direka menggunakan kepakaran dari pakar kasut Prada.

prada x adidas superstar
Prada x adidas Superstar Bakal Dilancarkan Pada 8 September
prada x adidas superstar
Prada x adidas Superstar Bakal Dilancarkan Pada 8 September
prada x adidas superstar

Tidak ketinggalan dengan Three Stripes di sisi, shelltoe yang klasik, dan fabrikasi kulit di sekelilingnya semuanya dibuat di Itali. Rekaan adidas Superstar ini lengkap dengan penjenamaan dua jenama di bahagian lidah kasut, tumit, dan juga insole. 

Anda boleh lihat rekaan kolaborasi ini yang hadir dengan tiga warna berbeza iaitu hitam, putih, dan juga perak chrome. 

Nantikan pelancaran Prada x adidas Superstar pada 8 September ini di butik Prada dan laman web adidas. Untuk maklumat lanjut, layari laman web adidas.

Sumber: Highsnobiety & Sneaker News

Baca lagi: Nike SB Dunk Low Civilist, Kasut Yang Berubah Warna Mengikut Suhu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY