Pra Tempahan Untuk Microsoft Surface Book 2 Sudahpun Bermula

Penawaran komputer riba Surface Book 2 untuk pasaran Malaysia sudah mula diperkatakan sejak beberapa minggu yang lalu.

Penawaran rasmi Surface 2 Book dilapor akan berlangsung pada 15 Mac namun bermula hari ini, beberapa pengedar tempatan sudah membuka pra tempahan peranti tersebut. Surface Book 2 hadir di Malaysia dalam dua versi skrin paparan iaitu 13.5 inci serta 15 inci dan harga berbeza mengikut spesifikasi pilihan.

Skrin paparan 13.5 inci



  • Intel Core i5-7300U / Intel HD Graphics 620 / 8GB RAM / 256GB SSD - RM6,899

  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1050 2GB / 8GB RAM / 256GB SSD - RM8,899

  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1050 2GB / 16GB RAM / 256GB SSD - RM11,199

  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1050 2GB / 16GB RAM / 1TB SSD - RM13,399


Skrin paparan 15 inci



  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB / 8GB RAM / 256GB SSD - RM10,799

  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB / 16GB RAM / 512GB SSD - RM12,499

  • Intel Core i7-8650U / NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB / 16GB RAM / 1TB SSD -             RM 14,199


Untuk variasi storan 1TB, belum dinyatakan bila ia akan mula ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Jika anda memilih skrin 13.5 inci, anda akan menerima komputer riba ini dipenghujung Februari manakala skrin 15 inci pula akan menerimanya pada penghujung bulan Mac.

Pra-tempahan boleh dibuat di Harvey Norman, Gizmart, Senheng, SNS Network, Thunder Match, dan juga All IT.

Sumber: Lowyat.net