Pra-Tempahan Sony PS5 Kelompok Ketiga Dibuka Esok

Berita baik buat peminat konsol popular daripada Sony iaitu PlayStation 5 dimana pra-tempahan kelompok ketiga dibuka bermula esok, 19 Februari.

Berdasarkan status yang dikongsikan Sony Malaysia, pra-tempah ini boleh dibuat pada tengah malam ini iaitu Jumaat pada jam 12.01 pagi dan ke atas.



Seperti biasa, PS5 versi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan Blu-Ray adalah RM2299.

Pra-tempah ini hanya boleh dibuat menerusi kedai rasmi Sony di Lazada. Sekiranya anda masih berhajat untuk memilikinya, ini adalah peluang terbaik untuk digunakan.

Sumber: Facebook Sony Malaysia