Pra-Tempah Siri Samsung Galaxy S21 Serendah RM218 Dengan Digi Mulai Hari Ini

Semalam kita dapat lihat pelancaran siri Samsung Galaxy S21. Kini, Digi turut mengumumkan pra-tempahan bagi peranti ini sudah dibuka bermula hari ini sehingga 28 Januari.

Anda boleh membuat pra-tempah bagi mana-mana peranti daripada siri ini melalui Digi PhoneFreedom 365 (PF365).



Tambahan lagi, dengan membuat tempahan ini juga, anda akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,317 termasuk Galaxy Buds Live/Pro, Galaxy SmartTag dan pengecasan tanpa wayar.

Bersempena PKP ini, Digi turut akan menghantar peranti yang di pra-tempah secara terus ke rumah anda bermula 29 Januari. Bagi yang ingin beli secara terus di kedai Digi pula, anda boleh berbuat demikian bermula 29 Januari ini.



Pelan untuk peranti ini adaah bermula serendah RM218 sebulan dimana data internet sehingga 200GB sebulan dan akan menerima naik taraf peranti percuma selepas 20 bulan.

Untuk membuat pra-tempahan, anda boleh terus menempah peranti ini melalui kedai dalam talian Digi.