Pra Tempah Siri Huawei Mate 30 Dengan Digi Dan Nikmati Hadiah Bernilai RM656

Pengguna Digi kini boleh membuat pra tempahan telefon pintar terbaru keluaran Huawei, iaitu Mate 30 dan Mate 30 Pro bermula hari ini sehingga 13 November di semua pengedar sah Digi apabila mereka melanggani pelan PhoneFreedom 365 (PF365) dan boleh mula mengambil peranti tersebut pada 15 hingga 17 November.



250 pelanggan terawal yang membuat penempahan dengan Digi ini akan menerima hadiah bernilai sehingga RM656, termasuklah Huawei PU Back Casing, Huawei SuperCharge Wireless Car Charger dan Huawei Care.

Melalui PF365 ini juga, semua pelanggan sedia ada, dan pelanggan baru Digi Postpaid boleh memiliki kedua-dua model telefon pintar tersebut tanpa sebarang masalah kerana caj faedahnya adalah 0%. Bayaran pendahuluan juga tidak akan dikenakan.

Pelanggan Digi juga akan menerima dua kali ganda peruntukan kuota data sehingga 200GB sebulan dan berhak menerima naik taraf telefon secara percuma selepas bulan yang ke-18. Pelanggan yang mendaftar Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 akan turut menerima Digi Shield secara percuma agar ia dapat melindungi telefon daripada kerosakan selama 2 tahun.