Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini

Sepertimana yang dijadualkan, OPPO Find X bakal dilancarkan secara rasmi untuk peminat tempatan pada 17 Julai ini. Namun begitu, bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk memiliki peranti berkenaan boleh membelinya secara pra-tempah pada laman Lazada.

Pra-tempah berkenaan bermula hari ini, 15 Julai 2018 dan berlanjutan sehingga ke hari perasmiannya pada 17 Julai 2018.



Harga jualan peranti untuk pasaran tempatan akan diumumkan pada hari pelancaran dan untuk pembelian pra-tempah, anda perlu membayar RM100 sebagai bayaran pendahuluan.

Bagi segmen flagship tahun ini, OPPO mempertaruhkan satu konsep baru pada tetapan kamera mereka dimana ia boleh disembunyikan. Keluar masuk dwi kamera 16 MP+ 20 MP serta kamera swafoto 25MP adalah secara mekanikal, membolehkan peranti mempunyai skrin paparan yang lebih luas tanpa bezel.



Berminat untuk menjadi yang terawal memiliki OPPO Find X? Boleh pergi ke gedung dalam talian rasmi OPPO. Untuk bacaan lanjut mengenai spesifikasi boleh klikĀ sini