Pra-tempah OnePlus 5T Sudah Bermula, Harga Dari RM2449

Model terbaru dari syarikat berpengkalan di Shenzhen China bakal menjengah pasaran tempatan dengan pra-tempahannya sudah pun bermula.

DirectD sebagai salah satu rangkaian kedai telefon pintar ternama Malaysia telah mengumumkan pembelian awal model berkenaan boleh mula dibuat hari ini.



Model yang dijual mereka merupakan set asal yang dilindungi dengan waranti dari pengedar sah tempatan iaitu Brighstar Malaysia.

Ditawarkan dengan dua variasi pada dua harga berbeza iaitu...

  1. 6GB RAM/64GB memori - RM 2,449

  2. 8GB RAM/128GB memori - RM 2,749


...dan dijangka ia akan sampai di Malaysia pada 23 Disember 2017 depan.

Spesifikasi ringkas OnePlus 5T adalah seperti berikut.

  • Snapdragon 835

  • Skrin paparan AMOLED bernisbah 18:9

  • Dwi kamera 20MP dan 16MP pada kamera belakang

  • Kamera swafoto 16MP

  • Bater 3300mAh

  • Androi 7.1


Bagi pra-tempah, anda boleh berkunjung ke rangkaian kedai DirectD.

Sumber: DirectD