Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Odyssey G3 Wide

Pra-Tempah Monitor Samsung Odyssey G3, Percuma SSD

Diterbitkan Mei 3, 2021 · Dikemas kini Mei 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan ahli keluarga baharu dalam siri monitor Odyssey, iaitu Odyssey G3.

Didatangkan dengan dua saiz, 24 inci dan 27 inci, kedua-duanya tampil dengan rekaan hampir tiada bingkai atau “frameless“.

Odssey G3 juga menggunakan panel VA beresolusi 1920×1080 (FHD) serta menyokong kadar segar semula 144Hz dan masa tindak balas 1ms MPRT.

Pra-Tempah Monitor Samsung Odyssey G3, Percuma SSD
Pra-Tempah Monitor Samsung Odyssey G3, Percuma SSD

 

Antara ciri lain, adalah Gamer Mode, Flicker Free tech, Eye Saver Mode serta kaki monitor yang boleh dilaras.

Bersempena kehadirannya, Samsung menawarkan hadiah percuma bagi setiap pra-tempah yang dibuat bermula hari ini sehingga 9 Mei ini menerusi laman rasmi Samsung Malaysia atau kedai dalam talian Samsung di Lazada dan Shopee.

Samsung Odyssey G3 Monitor Is Now Available for Online Pre-Order

Harga jualannya adalah RM799 untuk saiz 24 inci sementara RM1299 bagi saiz 27 inci. Selain itu, kad mikroSD 128GB Evo Plus turut diberikan bagi monitor dengan saiz 24 inci. Manakala saiz 27 inci pula percuma Samsung SSD 256GB 970 Evo Plus.

Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY