Pra-Tempah Huawei Mate 10 Pro Akan Bermula 16 November Ini, Dijual Pada Harga RM3099

Bulan Oktober yang lalu kita menyaksikan sambutan hangat yang diberikan kepada Huawei Mate 10 dan kini tiba masanya untuk versi Pro pula tampil dalam pasaran Malaysia.

Bermula 16 November hingga 19 November ini, Huawei Mate 10 Pro sudah boleh dibeli secara pra-tempah dengan harga RM3099. Penawarannya ke dalam pasaran pula adalah seminggu selepas tarikh pra-tempah iaitu 24 November 2017, sama seperti tarikh penjualan iPhone X di Malaysia.



Didatangkan dengan dua variasi pilihan warna, Midnight Blue dan Mocha Brown, bagi yang membeli secara pra-tempah akan menerima aksesori bernilai sehingga RM999 yang mengandungi:

  • 1 unit penimbang Huawei

  • 1 unit Huawei Band A2

  • 1 Kad Perkhidmatan VIP yang menawarkan 3 bulan waranti untuk ganti kerosakan skrin, waranti telefon selama 1 tahun dan waranti untuk perkhidmatan dari pintu-ke-pintu.


Spesifikasi ringkas Huawei Mate 10 Pro:

  • Skrin paparan 6 inci dengan nisbah 18:9

  • Cip pemprosesan Kirin 970

  • RAM 6GB

  • Storan dalaman 128GB

  • Dwi kamera utama 20MP (lensa hitam putih) dan 12MP (lensa warna)

  • Kamera swafoto 8MP

  • Bateri berkapasiti 4000mAh

  • Dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo

  • Pensijilan IP67: kalis air dan habuk