Pra-Tempah Honor 6A Pro Sudah Bermula, Dijual Pada Harga RM699

Pengedar gajet popular tempatan, DirectD, menerusi laman Facebook mereka telah memulakan pra-tempah bagi model Honor 6A.

Dijual pada harga RM699, Honor 6A menampilkan rekaan logam dengan skrin paparan berukuran 5 inci. Selain daripada itu, ia juga dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 430, RAM 3 GB beserta storan dalaman sebesar 32GB dengan sokongan memori tambahan dari kad MikroSD 128GB.

Bagi sistem kamera pula, ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP. Dibawah lensa kamera utama, terletaknya sensor pengimbas cap jari.

Honor 6A akan dijana dengan bateri berkapasiti 3020mAh dan beroperasi menggunakan Android Nougat.

Jika berminat untuk memilikinya, anda boleh buat pra-tempah di DirectD