Pra-Jualan Tiket Avengers: Endgame 5 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Infinity War

Walaupun masih berbaki lebih kurang dua minggu sebelum ia ditayangkan, tiket bagi Avengers: Endgame sudahpun terjual dengan laris bak goreng pisang panas.

Menurut Mashable, pra-jualan di Fandango bagi minggu pertama untuk filem ke-empat siri Avengers itu adalah lima(5) kali ganda lebih tinggi daripada pra-jualan sama untuk Infinity Wars.

https://twitter.com/Fandango/status/1115963892973236229

Fandango adalah laman jualan tiket atas talian popular di Amerika yang menjual tiket wayang melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih mereka.

Filem Endgame ini juga turut mencatat rekod baru dengan mencatat belian tertinggi untuk hari pertama pra-jualan di Fandango. Sebelum ini, status tersebut dipegang oleh filem Star Wars: The Force Awakens.

Avengers: Endgame akan mula ditayangkan di Amerika pada 26 April ini namun kita di Malaysia agak bertuah kerana diberi peluang menonton lebih awal iaitu pada 24 April nanti.

 

Sumber: Mashable   Fandango