Pra-Daftar Unifi Basic RM79 Sudah Bermula

Umum telah mengetahui tentang berita baik yang diumumkan oleh TM minggu lalu.

Kelajuan internet yang dipertingkatkan sehingga 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada sehinggalah kepada penawaran pelan baru yang dikenali sebagai Unifi Basic.

Unifi Basic dikelaskan sebagai kelas permulaan dimana penawarannya pada kelajuan 30Mbps, tetapi dihadkan kepada 60GB kuota penggunaan. Difahamakan sekiranya kuota penggunaan telah habis, anda masih boleh melayari internet tetapi pada kelajuan rendah tetapi belum dinyatakan tahap kelajuan tersebut.



Melalui pelan ini, anda hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM 79 sahaja dan ia disasarkan kepada golongan isi rumah berpendapatan RM4500 dan kebawah.

Sepertimana yang diumumkan, pra-daftar Unifi Basic sudahpun bermula dan untuk melayakkan anda mendaftar, slip gaji terkini atau surat akuan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan perlu dihantar bersama.

Selain itu, surat penerimaan BR1M turut diterima pakai sebagai dokumen sokongan untuk pra-daftar Unifi Basic.

Pelan internet ini akan mula ditawarkan 1 Ogos hadapan dan anda boleh menjadi pengguna yang terawal dengan pra-daftar dilaman web Unifi.