PPZ-MAIWP Melancarkan Aplikasi MyWakalah

Baru-baru ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai MyWakalah.

Ia merupakan sebuah aplikasi yang berfungsi sebagai pemudah cara urusan pembayar zakat untuk mengagihkan sendiri zakat mereka bagi pihak MAIWP kepada asnaf yang memerlukan.




Pelancaran aplikasi itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Aplikasi MyWakalah menjadi  pusat setempat yang boleh diakses melalui aplikasi telefon atau web.


PPZ menganggarkan, hampir 4,000 pembayar terdiri daripada individu, syarikat, majikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan anggaran jumlah bayaran zakat sebanyak RM 634.4 juta layak untuk menggunakan sistem MyWakalah ini.





PPZ-MAIWP juga memaklumkan mereka akan sedaya upaya untuk mencari alternatif bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membayar zakat seiring dengan teknologi terkini.


Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan aplikasi MyWakalah ini, pihak yang berkenaan perlu memohon daripada PPZ dahulu. Ini kerana aplikasi ini hanya ditawarkan secara jemputan sahaja.


Jadi hanya pihak yang memohon sahaja dapat menggunakan aplikasi ini.


Untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang aplikasi ini, anda boleh hubungi pihak PPZ-MAIWP di talian 1-300-88-5757 atau menerusi e-mel [email protected].