Powerbeats 4 Dilancarkan - Bateri Sehingga 15 Jam, Kualiti Audio Seperti Powerbeats Pro Yang Lebih Mahal

Jenama milik Apple iaitu Beats kini mengumumkan fon telinga baru Powerbeats 4. Ia masih lagi menggunakan rekaan melingkari leher yang sama.

Di dalamnya, Powerbeats 4 menggunakan cip Apple H1 untuk memulakan sambungan antara fon telinga ke peranti. Ia juga dilengkapi dengan 12mm pemacu sama seperti model TWS yang lebih mahal Powerbeat

Powerbeats 4 ini berharga lebih murah namun ia menjanjikan kualiti audio yang sama pada model Powerbeats Pro dengan rekaan TWS. Powerbeats 4

Terdapat port pengecasan Lightning untuk mengecas. Jika pada Powerbeats 3 ketahanan bateri hanya sehingga 12 jam, kini pada Powerbeats 4 ia lebih lama sehingga 15 jam pula. Untuk piawaian ketahanan kalis air, terdapat IPX4 yang hanya selamat untuk peluh dan juga renjisan air.

Powerbeats 4 terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu White, Black, dan Red. Buat masa ini ia hanya dijual dalam pasaran U.S terlebih dahulu bermula 18 Mac pada harga rasmi 149usd (~RM645).

 

Berkaitan