Powerbank Edisi Terhad JDT Sudah Boleh Mula Dibeli

Dahulunya telefon pintar, kini pasukan bola sepak yang berpengkalan di selatan tanah air kembali dengan cenderamata berupa powerbank untuk peminat tegar mereka.

Powerbank edisi terhad ini hadir dengan kapasiti 10000mAh dengan dwi output pengecasan pantas 2.1A yang mampu mengecas dua telefon pada satu-satu masa. Terdapat juga paparan LCD dibahagian kanan atas untuk memudahkan pengguna melihat jumlah kuasa yang masih ada pada powerbank tersebut.



Menampilkan rekaan seberat 218g, ia dikemaskan lagi dengan logo harimau pasukan Johor Darul Takzim pada bahagian hadapan. Ia bakal didagangkan pada harga RM99 dan jika anda berminat untuk memiliki powerbank ini, bolehlah layari Facebook rasmi Johor Southern Tiger untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara pembelian.

Sumber: Johor Southern Tiger