HONOR Tawar Potongan Harga Sehingga 63% Sempena Jualan Raya Merdeka

Bagi meraikan Hari Kebangsaan ke-63 pada tahun ini, HONOR Malaysia mengumumkan Jualan Raya Merdeka yang akan berlangsung dari 17 Ogos hingga 16 September 2020. Pengguna bakal menikmati potongan harga sehingga 63%, hadiah sampingan, dan pelbagai lagi.

Bermula 18 Ogos hingga 1 September, penjimatan harga sehingga 63% akan diberikan bagi pembelian produk terpilih. Antara yang ditawarkan adalah komputer riba terbaharu HONOR MagicBook 14 varian RAM 16GB dan 512GB SSD dengan hadiah seperti bag galas, tetikus Bluetooth dan HONOR Scale 2.

HONOR Raya Merdeka 2020

Selain itu, HONOR 8X MAX juga boleh dimiliki pada harga RM799 berbanding harga asal RM829. Pengguna akan turut menerima HONOR Gift Box dengan setiap pembelian 8X Max.

HONOR Raya Merdeka 2020

Sepanjang jualan ini berlangsung, HONOR turut menawarkan Flash Deals bagi beberapa produk terpilih yang terdiri daripada telefon pintar, jam tangan dan aksesori. Antaranya adalah HONOR 9X, Watch Magic, MagicWatch 2, MagicBook 14 bagi varian RAM 16GB+512GB SSD.

Harga bagi setiap produk tersebut hanya akan diumumkan pada 12 tengah hari sepanjang jualan Raya Merdeka berlangsung.

Untuk mengetahui promosi bagi peranti HONOR yang lain, ia boleh disemak melalui Hihonor. Selain dalam talian, HONOR turut menawarkan potongan harga melalui HONOR Experience Store dan pengedar yang sah.