Potongan Harga Sebanyak RM100 Diberikan Kepada Nokia 3 Dan Nokia 5

Bersempena meraikan ulangtahun pertama di Malaysia, HMD Global kini membawakan tawaran menarik kepada peminat Nokia tempatan. Dua model popular, Nokia 3 dan juga Nokia 5 diberikan potongan harga sebanyak RM100 sepanjang bulan Disember ini.

Model-model tersebut pertama kali menembusi pasaran tempatan pada Mei yang lalu dan diawal pengenalan, Nokia 3 dijual pada harga RM599 (kini RM499) dan Nokia 5 RM799 (kini RM699 ).

Selain daripada pengurangan harga, anda juga akan menikmati pek aksesori percuma bernilai RM 150 untuk Nokia 3 dan RM200 bagi Nokia 5.

Nokia 3

  • Skrin 5 inci IPS LCD HD
  • Pemproses MediaTek MT6737
  • RAM 2GB
  • Storan dalaman 16GB
  • Android Nougat 7.0
  • Kamera utama: 8MP, Kamera hadapan: 8MP
  • Bateri 2650 mAh

Nokia 5

  • Skrin 5.2 inci IPS LCD HD
  • Pemproses Snapdragon 430
  • RAM 2GB
  • Storan dalaman 16 GB
  • Android Nougat 7.1.1
  • Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
  • 3,oo0 mAh
Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408