Potongan Harga RM400 Untuk realme 5 Pro Pada Promosi 9.9 Shopee

Mula diperkenalkan hampir setahun yang lalu, realme 5 Pro diletakkan pada tanda harga RM1099 bagi konfigurasi memori RAM 8GB/128GB storan.



Kini bersempena dengan promosi 9.9 di Shopee, realme 5 Pro akan ditawarkan pada harga RM699 dengan potongan harga sebanyak RM400. Diskaun harga ini hanya akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu 9 September 2020.



Imbas kembali kepada spesifikasi yang ditawarkan, realme 5 Pro hadir dengan cip Snapdragon 712, RAM 8GB, storan 128GB dan kamera selfie 16MP.

Model ini juga merupakan yang pertama dari realme dilengkapkan dengan tetapan 4 kamera belakang terdiri daripada 48MP+8MP+2MP+2MP. Paparan hadapan bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ dan ia dijana dengan bateri 4035mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.

 

Berkaitan