Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poster Rasmi Huawei Siri Mate 40 Perlihatkan Modul Kamera Segi Lapan

Poster Rasmi Huawei Siri Mate 40 Perlihatkan Modul Kamera Segi Lapan

Diterbitkan Oktober 14, 2020 · Dikemas kini Oktober 14, 2020 oleh Amsyar Latif

Huawei telah mengeluarkan poster rasmi Huawei siri Mate 40 bagi pelancarannya pada 22 Oktober ini. Pada poster tersebut diperlihatkan modul kamera dengan rekaan segi lapan (octagon).

Poster Rasmi Huawei Siri Mate 40 Perlihatkan Modul Kamera Segi Lapan

Ia menjadi peranti pertama yang menampilkan dengan rekaan sebegitu. Nampaknya peranti lain seperti dikhabarkan dalam barisan Mate 40 Pro, Mate 40 Pro+ dan Mate 40 RS Porche Design juga menggunakan reka bentuk yang sama.

Poster tersebut juga mendedahkan butang volume serta butang kuasa berwarna oren. Setakat ini, masih belum pasti berapa kamera yang akan digunakan pada peranti ini tetapi ia mungkin hadir dengan 5 kamera.

Menurut laporan LetsGoDigital bulan lalu, satu imej yang dipatenkan Huawei dengan rekaan segi lapan beserta lima kamera. Paten tersebut juga sama dengan poster yang baharu ditunjukkan Huawei.

Poster Rasmi Huawei Siri Mate 40 Perlihatkan Modul Kamera Segi Lapan

Setakat ini, tiada lagi spesifikasi penuh bagi siri Mate 40 ini dan ia akan diumumkan kelak pada pelancarannya nanti.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY