Poster Peranti Boleh Lipat Huawei Tertiris, Nama Rasmi Didedahkan

Acara MWC 2019 akan berlangsung di Barcelona bermula esok 24 Februari. Ketika ini, para peserta persidangan sedang sibuk melakukan persiapan terakhir masing-masing, termasuklah Huawei.

Akaun Twitter @gimme2pm telah memuatnaik imej yang memaparkan beberapa orang perkerja dilihat sedang sibuk memasang poster peranti boleh lipat Huawei menjelang pelancarannya di acara itu nanti.



Apa yang menarik, poster itu akhirnya telah mendedahkan nama rasmi bagi peranti tersebut iaitu Huawei Mate X.

Ia sekaligus menjawab teka-teki mengenai nama rasmi peranti tersebut. Sebelum ini, ia pernah dikatakan bakal digelar sebagai Huawei Mate Flex.

Seperti yang pernah didakwa Huawei sebelum ini, peranti berkenaan akan menjadi peranti boleh lipat dengan sokongan 5G terpantas di dunia.

Selain spesifikasi penuh, Huawei dijangka akan turut mendedahkan tarikh rasmi penawaran peranti tersebut pada persidangan itu nanti. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: @gimme2pm