Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poster Dimuat Naik Akaun Twitter Tangga Putra Perdana Bukan Diterbitkan Jabatan Komunikasi Komuniti

Poster Dimuat Naik Akaun Twitter Tangga Putra Perdana Bukan Diterbitkan Jabatan Komunikasi Komuniti

Diterbitkan Januari 27, 2021 ยท Dikemas kini Januari 27, 2021 oleh ariff bukhari

Berikutan penyebaran satu poster yang menggunakan jata atas nama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di laman Twitter, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan bahawa J-KOM tidak terlibat dalam penerbitan poster tersebut.

Poster yang memaparkan wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dikesan dimuat naik oleh akaun Twitter Tangga Putra Perdana PADA 26 januari 2021 lalu.

Poster Dimuat Naik Akaun Twitter Tangga Putra Perdana Bukan Diterbitkan Jabatan Komunikasi Komuniti
Poster ini tidak diterbitkan pihak J-KOM.

KKMM turut memaklumkan bahawa J-KOM iaitu jabatan di bawah KKMM masih belum mempunyai akaun rasmi media sosial kerana tarikh kuatkuasa jabatan itu hanya akan bermula pada 1 Februari 2021 nanti.

Sehubungan itu, KKMM menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penularan poster tersebut.

KKMM juga mengingatkan bahawa penggunaan jata atas nama Kementerian dan Jabatan tanpa kebenaran adalah satu tindakan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.

Sumber: KKMM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
©2026 WISER.MY