Pos Malaysia Mengesahkan Cubaan Serangan Penggodam Ke Atas Sistem Operasi Mereka

Laporan polis dan tindakan susulan telah diambil.


Pada 21 Oktober lalu, Pos Malaysia memaklumkan bahawa mereka sedang mengalami masalah teknikal luar jangka hingga menyebabkan sistem dalam talian syarikat itu tergendala buat sementara waktu.

Kapsyen: Sumber: FB Pos Malaysia


Walaubagaimanapun, selepas siasatan terperinci dibuat, Pos Malaysia mengesahkan bahawa sistem operasi  mereka berdepan dengan serangan penggodam.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia semalam:-

Kapsyen: Sumber: FB Pos Malaysia


Untuk makluman anda, Pos Malaysia sudah mengambil langkah proaktif dengan menutup beberapa sistem dan aplikasi bagi menangani masalah berkenaan dengan segera.

Malah satu laporan polis juga sudah dibuat berhubung gangguan teknikal yang dialami di mana kes itu telah dirujuk kepada pihak CyberSecurity Malaysia untuk siasatan lanjut pada 21 Oktober lalu.

Jadi, kepada para pengguna yang biasa menggunakan servis Pos Malaysia untuk urusan harian mereka diharap dapat bersabar sementara pihak Pos Malaysia dapat membaik pulih sistem mereka beroperasi seperti sedia kala.