0

TNB mula memasuki pasaran jalur lebar internet pada September lepas dimana Projek Rintis National Connectivity Plan telah bermula pada beberapa kawasan di Melaka.

Melaluinya, mereka yang terlibat akan mendapat akses kepada rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), menggunakan fiber optik sedia ada milik TNB.

Antara yang sudah menikmati perkhidmatan dari syarikat pengendali elektrik itu adalah Pos Malaysia di Jasin yang berkongsikan foto keputusan ujian kelajuan yang dibuat.

Sambungan internet yang diperoleh jauh menjangkau 900Mbps dan pihak Pos Malaysia berterima kasih dengan projek rintis jalur lebar yang ditawarkan.

Difahamkan menerusi projek NCP, TNB akan memanfaatkan hasil daripada projek rintis ini untuk membuat pertimbangan mengenai keboleh harapan komersial ke arah kemungkinan melaksanakannya pada skala lebih besar di seluruh negara.

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like