Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pos Malaysia Kini Tawarkan E-Nota Konsainan Di Pos Laju EziDrive-Thru

Posted on November 16, 2020

E-Nota Konsainan mula diperkenalkan pada Ogos yang lalu bagi menjimatkan masa dan memudahkan penghantaran kepada pengguna.

Hari ini, Pos Malaysia mengumumkan bahawa e-Nota Konsainan kini ditawarkan di Pos Laju EziDrive-Thru bermula esok, 17 November 2020.

Melalui ini, pengguna dapat melakukan urusan dengan lebih mudah dan selesa. Berikut adalah kaunter Pos Laju EziDrive-Thru yang menawarkan perkhidmatan ini:

  • Pos Laju EziDrive-Thru Bandar Baru Bangi
  • Pos Laju EziDrive-Thru Kelana Jaya
  • Pos Laju EziDrive-Thru Kuala Lumpur (Brickfields)
  • Pos Laju EziDrive-Thru Putrajaya
  • Pos Laju EziDrive-Thru PMN Shah Alam

Bagi yang tidak mengetahui, EziDrive-Thru diperkenalkan pada tahun 2016. Ia membolehkan pengguna membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu tinggalkan kenderaan.

E-Nota Konsainan ini boleh diisi secara digital dengan memuat turun aplikasi Pos Mobile App di Google Play, App Store dan AppGallery.

Sumber: Pos Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress