Pos Malaysia Beri Notis Kelewatan Barang Pengeposan Dari Dan Ke China

Wabak koronavirus yang berlaku di China turut terasa tempiasnya di Malaysia. Seperti contoh, penghantaran barang dari dan ke China akan turut terkesan disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk mengendalikan barangan. Terbaru, Pos Malaysia memberi notis kepada pelanggan bahawa akan ada kelewatan penghantaran barang dari dan ke ChinaMasalah kelewatan ini adalah terutamanya disebabkan penangguhan atau kurangnya kekerapan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Jadi semua penghantaran barang akan terganggu. Masalah ini adalah mustahil untuk dielakkan. Memandangkan wabak yang masih belum menunjukkan tanda-tanda perlahan ini, ia akan berlarutan serta mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Jika anda ada membeli barang dari China, harap-harapnya anda faham dengan status kelewatan ini. Setakat ini tiada jaminan tarikh gangguan penghantaran barang namun semestinya akan diberitahu jika terdapat perubahan status masalah ini kelak.

Sumber: Pos Malaysia